Icerd.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad menafikan laporan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa beliau menyarankan perhimpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember ini tidak diteruskan.

Kesal dengan perkara itu, Mohd Yusof menjelaskan, beliau tidak menyatakan supaya perhimpunan membantah konvensyen antarabangsa itu ditangguh atau dibatalkan seperti dilapor akhbar terbabit dua hari lalu.

Beliau berkata, perhimpunan yang bakal diadakan di Kuala Lumpur itu boleh diteruskan sekiranya mendapatkan kebenaran dan permit daripada pihak berkuasa.

http://sepatuputih.com/cubaan-kotor-seret-mufti-untuk-kepentingan-politik-mufti-negeri-sembilan-nafi-saran-batal-himpunan-icerd/